Periuk logo
Periuk logo

Lauk

Ayam pongteh nenek
Udang masak bawang
Paeh ikan keli
Shukto
Lidah ditumis-reneh gaya Serani
Ayam pongteh nenek

Ayam pongteh nenek

Andrea melihat neneknya memasak lauk ini apabila keluarganya datang melawat. Lauk ini dimasak dengan perlahan supaya perisanya betul-betul terserlah.

Udang masak bawang

Udang masak bawang

Bawang garing, kicap umami, dan udang yang manis—jamuan yang lengkap sekali.

Paeh ikan keli

Paeh ikan keli

Cara Temuan untuk memasak ikan ini adalah untuk memanggangnya di luar rumah. Kalau anda ada gril di rumah, kami menggalakkan anda untuk mencuba cara ini.

Shukto

Shukto

Lauk yang penuh sayuran ini diajar oleh ibu Leela. Persediaannya agak rumit, namun rasanya memang menarik.

Lidah ditumis-reneh gaya Serani

Lidah ditumis-reneh gaya Serani

Lidah memang lauk istimewa untuk keluarga Deborah, dan sering dihidangkan pada hari Krismas atau untuk makan malam Sabtu selepas masa matahari terbenam.

Ayam asam rong

Ayam asam rong

Asam rong terkenal terutamanya di Raub, dan orang ramai akan beratur panjang di kedai-kedai nasi campur yang menjual lauk ini.

Umbut sawit masak belacan

Umbut sawit masak belacan

Umbut sawit merupakan pucuk atau isi dalam pokok kelapa sawit. Ia senang didapati di Borneo, oleh itu penduduk tempatan mula menggunakannya sebagai ramuan yang enak.

Pekasam ikan

Pekasam ikan

Ramai penduduk kampung menangkap ikan sawah sebagai sumber protein yang murah, dan pekasam merupakan satu cara penjerukkan untuk tangkapan yang besar.

Gaeng som

Gaeng som

Lauk dari selatan Thailand ini dihidangkan sekurang-kurangnya dua kali seminggu di rumah keluarga Banyen, kerana ini lauk kegemaran ayah dan datuknya.

Kangkung belacan

Kangkung belacan

Kami dah makan banyak kangkung belacan dan sambal kangkung. Jadi bila kami berkata yang inilah versi yang paling enak kami pernah makan, percayalah kami.

Hinava tenggiri

Hinava tenggiri

Hinava adalah sejenis hidangan asli di kalangan masyarakat Kadazandusun di Sabah, menggunakan kaedah memasak ikan air masin atau ikan air tawar dengan air limau.

Sambal ikan halba

Sambal ikan halba

Halba merupakan rempah yang paling penting untuk hidangan ini. Ikan yang digunakan juga haruslah sangat segar.

Terung Dayak masak ikan

Terung Dayak masak ikan

Lauk ini memang selalu dihidangkan di rumah keluarga Diana kerana ibunya sering membeli terung dayak setiap kali tiba musimnya.

Sup manuk lihing

Sup manuk lihing

Natasha mempelajari cara membuat sup ini dari ibunya (yang mungkin sekali mempelajarinya dari neneknya) dan sering mengidamkannya semasa hujan.

 
periuk

© Hak cipta Periuk 2021

© Hak cipta Periuk 2021