Periuk logo
Periuk logo
Ayam pongteh nenek

Andrea melihat neneknya memasak lauk ini apabila keluarganya pergi melawat. Lauk ini dimasak dengan perlahan supaya perisanya betul-betul terserlah. Dapatkan ayam yang segar dan kicap yang berkualiti untuk lauk ini. Daging babi juga sering digunakan sebagai pengganti ayam. Hidangkan pongteh dengan sambal belacan untuk meningkatkan lagi rasa umami.

Ayam pongteh nenek

oleh Andrea Wee

Hidangan: 4

Masa penyediaan: Ringkas

Ayam pongteh nenek

Hidangan: 4

Masa penyediaan: Ringkas

3 sdm minyak masak

4 bawang merah kecil, dicincang

10 ulas bawang putih, dicincang

500g peha ayam

3 tbs taucu

2 kentang, dipotong dadu

2 tbs kicap pekat

2 tbs kicap cair

1 batang kayu manis

2 bunga lawang

1 tbs gula melaka

500ml air

2 batang daun bawang, dihiris halus (ikut suka)

Lada putih secukup rasa

  1. Panaskan periuk tanah, kuali, atau periuk menggunakan api sederhana.
  2. Masukkan minyak, kemudian tumis bawang merah dan bawang putih yang dicincang untuk lebih kurang 1 minit.
  3. Masukkan ayam untuk menggoreng kulitnya. Masak untuk lebih kurang 5 minit atau sehingga permukaan ayam berwarna putih.
  4. Masukkan taucu, kicap pekat dan kicap cair. Kacau dengan rata dan masukkan air. Jika air tidak menutupi ayam, tambah lagi air. 
  5. Didihkan isi periuk, kemudian tambah gula melaka, kayu manis, bunga lawang, dan kentang.
  6. Tutup periuk dan masak untuk 15-20 minit lagi. Buka tutup periuk dan masak untuk 15 minit lagi atau sehingga kuahnya lebih likat. 

Panduan

  • Kalau anda tidak menyukai bawang putih seperti nenek Andrea, anda boleh kurangkan bawang putih sehingga separuh daripada jumlah yang digunakan.
  • Taucu boleh digantikan dengan miso atau doenjang, tetapi kuahnya harus dirasa kerana ramuan ini mempunyai kemasinan yang berbeza.
  • Gula melaka boleh digantikan dengan gula tebu atau gula perang.

Ramuan

Arahan

periuk

© Hak cipta Periuk 2021

© Hak cipta Periuk 2021