Periuk logo
Periuk logo
Hinava tenggiri

Hinava adalah sejenis hidangan asli di kalangan masyarakat Kadazandusun di Sabah. Lauk ini menggunakan kaedah memasak ikan air masin atau ikan air tawar dengan air limau, dan boleh disesuaikan mengikut musim. 

Hinava tenggiri

oleh Pison Jaujip

Hidangan: 4

Masa penyediaan: Ringkas

Hinava tenggiri

Hidangan: 4

Masa penyediaan: Ringkas

4 potongan tenggiri, lebih kurang 100-150g setiap potong

1 lemon, diperah

Secubit besar garam

  1. Asingkan daging tenggiri daripada kulit dan tulangnya, kemudian potong kepada dadu ½” dan masukkan ke dalam mangkuk yang tak reaktif.
  2. Taburkan garam dan tuangkan jus lemon ke atas daging ikan. Kacau sebati dan biarkan untuk lebih kurang 10 minit.
  3. Ikan ini sedia dimakan apabila dagingnya bertukar menjadi putih, dan ini bermaksud yang asid dari lemon telah mengawet ikan.

Panduan

  • Ingat bahawa resepi ini memang senang untuk disesuaikan. Yang penting, ada protein, garam, dan asid dalam bentuk sitrus atau cuka. Antara tambahan yang boleh dicampurkan sekali: bambangan, bawang merah kecil, halia, kunyit hidup, peria, cili, mangga muda. Ramuan tambahan ini bergantung kepada musim dan keadaan.
  • Pison gemar mencampurkan ramuan masam untuk meningkatkan lagi asid. [Nota editor: Di dapur ujian kami, kami menggunakan belimbing buluh kerana ada di taman kami, jadi itulah yang anda lihat di dalam gambar di atas.]
  • Hinava bertahan selama sehari di dalam peti sejuk, dan sehingga dua hari jika jumlah asid yang banyak digunakan.

Ramuan

Arahan

periuk

© Hak cipta Periuk 2021

© Hak cipta Periuk 2021